19.12.2013 :
Kursus Asas VLE FROG telah dijalankan. En. Vasu dan En. Vadivelan dari SJKT Sepang dijemput sebagai penceramah kursus. En. Vadivelan telah menjelaskan asas VLE FROG, objektif penggunaan, cara-cara mengajar VLE Frog. En. Vasu telah menerangkan tentang laman VLE Frog dan penggunaan widget dalam frog. Kursus ini tamat pada pukul 12.30tgh. Pihak pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih kepada penceramah.
20.12.2013 :
Bengkel KSSR Tahun 4, telah dijalankan pada hari ini. En. G. Uthaya telah menerangkan tentang Bahasa Inggeris KSSR tahun 4. Beliau menerangkan tentang perubahan terkini dalam P&P tahun 4. Pn. Komathy telah menerangkan tentang Pendidikan Moral KSSR Tahun 4. Beliau menerangkan tentang Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Moral dan memberi contoh RPH kepada semua guru dan menerangkan cara menulis RPH. Pn. Kamala telah menjalankan LDP KSSR Sejarah tahun 4. Beliau menerangkan matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang baru. Beliau telah menerangkan dokumen, RPH dan isi kandungan buku teks. Matapelajaran PJ telah diberi penerangan oleh Pn. Meena. Beliau juga menerangkan tentang dokumen, RPH dan contoh RPH. Matapelajaran Matematik telah diterangkan oleh Pn. Kogila. Beliau juga menerangkan tentang dokumen dan RPH. Matapelajaran TMK telah diterangkan oleh Pn. Thanam, beliau telah menjelaskan maklumat-maklumat terkini tentang pengajaran TMK dan matapelajaran RMK telah diterangkan oleh Cik. N. Paruwathy. Bengkel LDP KSSR Tahun 4 telah tamat pada pukul 1.00pm.
23.12.2013 :
LDP KSSR Tahun 4, telah dimulakan pada 9.00pg oleh Pn. P. Sivagami Matapelajaran Sains. Beliau menerangkan tentang dokumen standard dan RPH. Pn. Kayalvili telah menerangkan tentang mataplejaran Pendidikan Seni. Beliau juga menerangkan cara-cara menganalisis pencapaian murid dalam seni. Beliau turut menerangkan Dokumen Standard dan RPH. En. S. Nanthakumar telah menerangkan KSSR Bahasa Tamil tahun 4, beliau menerangkan tentang dokumen standard, cara mengisi data pencapaian murid (offline) dan menyatakan guru yang mengajar menyediakan satu fail khas untuk menyimpan dokumen pencapaian murid. Akhirnya, beliau menerangkan cara menulis RPH kepada semua guru. Pn. G. Vasagai menerangkan matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Beliau menerangkan dokumen standard dan cara mengisi pencapaian murid selepas murid mencapai objektif. Akhirnya, beliau menerangkan cara menulis RPH. LDP KSSR Tahun 4 telah tamat pada pukul 12.30tgh.
24.12.2013
Bahasa Melayu KSSR Tahun 4, dibentangkan oleh En. Ramesh. Beliau menerangkan Dokumen Standard Bahasa Melayu dan menerangkan perubahan KBSR dan KSSR. Beliau juga turut menerangkan cara menulis RPH dan memberikan contoh RPH kepada semua guru. Akhirnya, beliau menerangkan cara memberi penilaian kepada murid.
24.12.2013
Bahasa Melayu KSSR Tahun 4, dibentangkan oleh En. Ramesh. Beliau menerangkan Dokumen Standard Bahasa Melayu dan menerangkan perubahan KBSR dan KSSR. Beliau juga turut menerangkan cara menulis RPH dan memberikan contoh RPH kepada semua guru. Akhirnya, beliau menerangkan cara memberi penilaian kepada murid.
No comments:
Post a Comment